Liga Super Malaysia Berita

Safawi Rasid bakal terlepas perlawanan lagi

Safawi Rasid bakal terlepas perlawanan JDT menentang Felda United pada Sabtu ini apabila beliau dilaporkan masih belum pulih daripada kecederaan.

“Safawi tak tahu lagi keadaannya, mungkin lagi dua minggu atau seminggu lebih lagi dan kita memantau tahap kecederaannya,” kata Benjamin Mora.

“Tapi dia adalah pemain yang sangat dahagakan kejayaan dan mahu segera kembali membantu pasukan.

“Namun dia perlu mendapatkan rawatan dengan baik dan apabila dia kembali, kita mahu dia fokus untuk pasukan.”

Ini merupakan kali ketiga Safawi bakal terlepas perlawanan Liga Super selepas UiTM FC dan PDRM FC.