Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Selangor, Perak terikat di Bukit Jalil

Perlawanan Liga Super yang julung-julung kali diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil berakhir dengan hambar apabila Selangor seri 1-1 menentang Perak.

Perak mengejutkan tuan rumah apabila menjaringkan gol pendahuluan menerusi Shahrel Fikri pada minit ke-9.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ifedayo Olusegun pada minit ke-31.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun mengalami kebuntuan apabila gagal menjaringkan gol di separuh masa kedua, sekaligus terikat sehingga wisel penamat.