Malaysia Berita

RASMI: Malaysia bertemu Bahrain sebelum kelayakan Piala Dunia 2022

FAM hari ini mengumumkan bahawa skuad kebangsaan akan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Bahrain di Isa Town, Bahrain pada 21 Mac, lima hari sebelum pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menurut badan bolasepak negara itu, Malaysia kemudian akan terbang ke Dubai, UAE pada 26 Mac sebelum kembali ke tanah air untuk bertemu Vietnam di Bukit Jalil, setelah diluluskan oleh AFC.

Ini bermakna Malaysia akan kekal beraksi di UAE walaupun terdapat ancaman serangan daripada Iran selepas jeneral tenteranya Qasem Suleimani mati ditembak oleh dron milik pasukan tentera Amerika Syarikat, menyebabkan Iran mahu bertindak balas sehingga membuat ancaman untuk menyerang Israel dan UAE.

Ketika ini juga, dunia sedang berhadapan dengan wabak koronavirus, namun setakat ini UAE bebas daripada ancaman penyakit tersebut.

Kebetulan, JDT yang mempunyai beberapa pemain kebangsaan sedang mengadakan sesi pra-musim di Dubai sebagai persiapan saingan musim 2020.