Liga Super Malaysia Berita

MFL akan tentukan dua slot Piala AFC 2021 pada bulan Februari

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dilaporkan akan menentukan kedudukan slot Piala AFC 2021 dalam mesyuarat lembaga pengarah pada bulan Februari.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ghani Hassan berkata pihaknya menunggu surat pengesahan daripada AFC mengenai soal dua slot Piala AFC pada musim 2021.

“Kami ada Liga Super, Piala FA untuk menentukan satu lagi tempat (ke Piala AFC),” kata Ghani kepada Stadium Astro.

“Ia masih lagi di peringkat perancangan AFC dan belum dimaklumkan kepada FAM lagi.

“Sebaik ada pengumuman rasmi, kami akan bertindak.”

Musim ini, Malaysia diberikan dua slot kelayakan AFC Champions League, dengan JDT bertanding di peringkat kumpulan selaku juara Liga Super.

Manakala Kedah mengisi slot pusingan kelayakan selaku juara Piala FA.

Namun, AFC Champions League akan menggunakan format baharu musim depan apabila sebanyak 40 pasukan akan bertanding buat pertama kali dalam kejohanan tersebut, iaitu tambahan lapan buah pasukan.

Pasukan dari Malaysia layak bertanding satu slot Champions League dan dua slot untuk Piala AFC.