Johor Darul Takzim sungguh bertuah apabila akan bertemu Vissel Kobe yang dibarisi Andres Iniesta, Lukas Podolski, Thomas Vermaelen dan Sergi Samper dalam saingan AFC Champions League musim 2020.
Vissel Kobe baru sahaja memenangi Piala Mahajara Jepun selepas menundukkan Kashima Antlers 2-0 dalam perlawanan akhir.
Kemenangan itu membolehkan Vissel Kobe bertanding dalam saingan ACL2020 dengan menghuni Kumpulan G, bersama-sama JDT, Guangzhou Evergrande dan Suwon Bluewings.
Malangnya, JDT tidak sempat untuk melihat aksi David Villa bagi musim baharu apabila beliau telah pun menamatkan kariernya di usia 37 tahun, sebaik sahaja tamat perlawanan.
Ini bermakna, JDT akan memulakan kempen ACL pada 12 Februari bertemu Vissel Kobe di Jepun, menentang Guangzhou Evergrande pada 19 Februari di laman sendiri dan bertemu Suwon pada 3 Mac, juga di laman sendiri.
Pusingan kedua pula menyaksikan JDT bakal bertemu Suwon pada 8 April di Korea Selatan, Vissel Kobe pada 21 April di laman sendiri dan menentang Guangzhou pada 5 Mei di China.