Pengendali utama Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan bahawa skuadnya sudah cukup mencukupi bagi menghadapi baki saingan pada tahun 2020. Ini berikutan desas-desus yang mengatakan Zidane berminat untuk membawa masuk pemain sayap Perancis, Kylian Mbappe ke Stadium Bernabeu.
Tambahan pula, dengan aksi suram yang dipamerkan oleh pasukannya dalam tiga perlawanan liga sebelum ini dan hanya mampu seri. Disamping keciciran mata, perkara ini juga memeri bayangan akan ketumpulan barisan serangan Real Madrid pada musim ini. Kehadiran pemain sayap Belgium, Eden Hazard juga masih belum menunjukkan hasil yang meyakinkan.
Pada hujung minggu lalu, Real Madrid terikat tanpa jaringan ketika menentang Athletic Bilbao di gelanggang sendiri. Keputusan seri itu sekaligus memberi peluang buat pencabar terdekat, Barcelona untuk berada di puncak liga sehingga penghujung tahun.
Zidane menganggap tiada keperluan untuk mencari pemain serangan yang baru pada jendela perpindahan pemain pada bulan Januari depan. Setakat ini, Karim Benzema merupakan penyumbang terbesar jaringan dengan menjaringkan 12 gol dan diikuti dengan pemain pertahanan, Sergio Ramos dengan tiga jaringan.
👔🎙 #Zidane: "It was a complete match in every sense. I am upset for my players, because the effort was there. They had chances, they went after the win." #RMLiga | #HalaMadrid pic.twitter.com/5Gslch631O
— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) December 22, 2019
Perkara yang membimbangkan ialah prestasi suam-suam kuku yang dipamerkan pemain yang baru menyertai pasukan di awal musim, Luka Jovic yang sekadar menyumbat satu gol selepas 14 penampilan.