Kolum Eropah

Joao Felix tidak mahu disamakan dengan Ronaldo

Bintang muda sensasi Atletico Madrid, Joao Felix meyifatkan bahawa sosok tubuh Cristiano Ronaldo unik dan tiada pengganti. Dia juga percaya keistimewaan Ronaldo itu tiada tandingannya.

‘’Cristiano (Ronaldo) hanya ada satu di dunia. Beliau sangat istimewa’’.

Kedua-dua pemain ini dibandingkan atas faktor datang dari negara yang sama iaitu Portugal. Walaupun langkah dan perjalanan Felix masih jauh tetapi pemerhati dan peminat bola sepak rata-rata yakin akan kemampuan pemain muda tersebut untuk menjadi seperti Cristiano Ronaldo.

‘’Saya sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik daripada beliau (Cristiano Ronaldo’’, katanya lagi.

Terdahulu, Joao Felix hadir ke Turin untuk menerima Anugerah Pemain Emas yang dimenanginya selepas menewaskan pencabar terdekat Jadon Sancho dan Kai Havertz. Anugerah tersebut diberikan kepada pemain muda berumur bawah 21 tahun yang mempamerkan aksi cemerlang di peringkat Eropah pada musim lalu.

Pada awal musim lalu, Felix meninggalkan Benfica dan menyertai Atletico Madrid dengan yuran perpindahan bernilai 126 Juta Euros. Setakat ini, Felix telah menjaringkan dua gol daripada 12 perlawanan bersama Atletico Madrid.

Anugerah Pemain Emas musim lepas dimenangi oleh bekas pemain pertahanan Ajax Amsterdam yang kini beraksi bersama pasukan gergasi Juventus, Matthijs de Ligt.