Selepas sembilan perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam semua kejohanan, akhirnya Arsenal kembali bernyawa dengan kemenangan 3-1 keatas West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Freddie Ljungberg turun dengan tekanan yang tinggi setelah persembahan mengecewakan pada pertengahan minggu lalu dimana menyaksikan Arsenal tewas mengejut keatas Brighton and Hove Albion. Bagai jatuh ditimpa tangga, semua serba tidak kena buat The Gunners yang kehilangan pemain bek kanan, Hector Bellerin beberapa minit sebelum perlawanan bermula.
Pasukan tuan rumah memulakan perlawanan dengan baik dan akhirnya memperolehi gol pendahuluan menerusi tandukan mengelirukan Angelo Ogbonna. Namun begitu, Arsenal ibarat harimau yang baru dikejutkan daripada tidur apabila mendapatkan tiga gol dalam sembilan minit pada babak kedua. Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Gabriel Martinelli, Nicolas Pepe, dan Pierre Emerick Aubameyang.
Sejarah tercipta apabila Gabriel Martinelli menjadi pemain keempat termuda yang menjaringkan gol untuk Arsenal selepas Francesc Fabregas, Serge Gnabry, dan Alex Oxlade Chamberlain. Disamping itu, pemain termahal skuad utara London ini juga berjaya menjaringkan gol daripada permainan terbuka selepas bergelut dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Pengendali sementara Arsenal, Freddie Ljungberg ternyata lega dengan kemenangan yang dikecapi yan diibaratkan sebagai satu motivasi buat para pemain. Ljungberg turut memuji persembahan bertenaga yang dipamerkan oleh Nicolas Pepe yang teruk dikecam sebelum ini.
CONFIDENCE.#WHUARS pic.twitter.com/yY9171jNn9
— Arsenal (@Arsenal) December 10, 2019
‘Orang selalu bertanya kepada saya mengenainya (Nicolas Pepe). Saya cuba untuk jelaskan. Ianya bukan mudah kerana dia (Nicolas Pepe) menerima tekanan kuat daripada semua orang. Saya rasa apa yang telah dilakukan hari ini adalah hasil usaha kerasnya selama ini’, katanya lapor Arsenal.com .