Kolum Eropah

[VIDEO] De Jong pilih Messi

Pemain tengah antarabangsa Belanda dan Barcelona, Frenkie De Jong berpendapat bintang Argentina, Lionel Messi akan membawa pulang Anugerah Ballon d’or pada tahun ini.

Bekas pemain Ajax Amsterdam itu turut memuji benteng pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk yang mengharungi musim yang menakjubkan dan berjaya merangkul Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

‘Saya rasa saya sudah cakap berulang kali sebelum ini bahawa Lionel Messi ialah pemain terbaik di dunia. Jadi, saya rasa Messi perlu menang anugerah ini (Ballon d’or)’, katanya lagi.

‘Virgil van Dijk juga telah melalui satu musim yang cemerlang dan dia merupakan pemain yang baik. Dia (van Dijk) adalah pemain pertahanan yang bagus dan salah seorang pemain terbaik di dunia. Tetapi, Messi adalah yang terbaik diantara semua pemain di dunia’, tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Barcelona akan melayan kunjungan Borussia Dortmund bagi saingan kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok. Sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan kumpulan F September lepas.

Saingan masih terbuka bagi kumpulan F dimana tiga pasukan masih lagi mempunyai peluang untuk layak ke pusingan seterusnya. Barcelona mendahului kumpulan dengan kutipan lapan mata sambil diikuti Borussia Dortmund dan Inter Milan masing-masing dengan tujuh dan empat mata.