Kolum Eropah

Zlatan bakal beraksi di Sweden?

Bekas penyerang LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic telah memberi isyarat akan menyertai pasukan Sweden, Hammarby Fotboll selepas menghantar satu ‘Insta Story’  dan satu video ringkas yang menggambarkan gambaran jersi pasukan tersebut.

View this post on Instagram

@hammarbyfotboll

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on

Sebelum ini, Ibrahimovic pernah memberi isyarat jelas akan kembali ke La Liga Sepanyol. Nampaknya ada sesuatu yang berlaku dan menyebabkan perkara ini tidak menjadi kenyataan.

Namun begitu, masih belum ada pengumuman rasmi daripada kelab tersebut tentang berita ini. Zlatan Ibrahimovic pernah menjadi tonggak utama beberapa pasukan di eropah seperti Juventus, Barcelona, Manchester United, AC Milan, Inter Milan, dan Paris Saint Germain (PSG).

Selain itu, bekas ketua pasukan antarabangsa Sweden itu juga telah merangkul beberapa kejuaraan domestik dan eropah seperti Liga Europa, Liga Serie A Itali, Ligue 1 Perancis, dan La Liga Sepanyol.

Disamping itu, beliau juga menerima pelbagai anugerah individu seperti Anugerah Puskas 2013 dan Golden Foot 2012. Kualiti yang dimiliki pemain tinggi lampai ini tidak harus dipertikaikan dan mana-mana pasukan yang berjaya mendapatkan khidmatnya pasti tidak akan rugi. Satu perkara yang menjadi penghalang adalah faktor umur dimana usia Ibrahimovic telah menjangkau 38 tahun.