Malaysia Berita

Syafiq, Davies tidak dapat beraksi perlawanan menentang Indonesia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akan membuat pertukaran strategi untuk perlawanan menentang Indonesia pada Selasa depan.

Ini berikutan ketiadaan dua tonggak utama, Syafiq Ahmad dan Matthew Davies yang digantung perlawanan akibat kutipan dua kad kuning. Oleh itu, Cheng Hoe terpaksa mencari jalan alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.

Malaysia tidak boleh terlalu mendabik dada atas kemenangan yang diperolehi malam tadi ketika menentang Thailand dan para pemain perlu terus fokus dalam misi getir memungut tiga mata penuh.

Sementara itu, pengendali utama skuad kebangsaan ini juga memuji persembahan yang dipamerkan oleh pemain tengah, Syamer Kutty. Walaupun ramai peminat dan penyokong bola sepak Malaysia tidak berpuas hati dengan pemilihan Syamer dalam kesebelasan utama, tetapi beliau tenang kerana percaya akan bakat pemain tersebut.

‘Kami (barisan jurulatih) memerhati pemain setiap hari dan setiap malam. Kami mengetahui kondisi dan kapasiti pemain. Peluang perlu diberikan kerana percaya pemain ini (Syamer) mempunyai masa depan yang baik. Bukan mudah untuk mengemudi barisan tengah tetapi dia(Syamer) berjaya membuktikannya malam ini’, katanya lagi.