Eropah Berita

Honda sertai Vitesse Arnhem

Bekas pemain tengah antarabangsa Jepun, Keisuke Honda telah menyertai pasukan Belanda, Vitesse Arnhem sehingga hujung musim ini lapor Kyodo News.

Honda yang juga merupakan jurulatih pasukan kebangsaan Kemboja dilihat sudah mula menyertai latihan bersama kelab tersebut sejak hujung Oktober yang lalu. 

Setelah tamat kontrak bersama kelab Australia, Melbourne Victory, Honda belum lagi menandatangani kontrak bersama mana-mana pasukan.

Walaubagaimanapun, Honda masih lagi menunggu permit pekerjaannya untuk diluluskan sebelum dijangka beraksi selepas selesai saingan antarabangsa.

Sebelum ini, pemain yang memiliki kekuatan sepakan kencang kiri ini telah mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan Jepun selepas tamat Piala Dunia 2018 di Russia. Dia telah menjaringkan 37 gol daripada 98 penampilan bersama pasukan kebangsaan Jepun.

Honda pernah beraksi bersama kelab-kelab eropah seperti AC Milan dan CSKA Moscow.