
Kuching City FC mengumumkan ketibaan pemain baharu bagi menghadapi Liga Super musim 2025-2026.
Penjaga gol berusia 27 tahun, Haziq Nadzli berhijrah ke Kuching selepas beraksi di Perak musim lalu, selepas dipinjamkan oleh JDT.
Ini diikuti penyertaan penyerang berusia 25 tahun, Danial Asri selepas lebih 5 tahun bersama Selangor, pasukan yang menjadi permulaan kariernya.
Status pemain sayap berusia 24 tahun, Ramadhan Saifullah yang beraksi dengan Kuching secara pinjaman musim lalu kini berstatus pemain tetap sekaligus meninggalkan JDT selepas 9 tahun sejak bermula kariernya.