Nama penyerang Kore Selatan, Heung Min Son menjadi sebutan semenjak dua menjak ini gara-gara kekasaran yang dilakukan kepada pemain tengah Everton, Andre Gomes pada hujung minggu lalu.
Reaksi Son yang ternyata sedih dan kecewa dengan kekasaran yang tidak disengajakan itu mendapat respon positif daripada seluruh peminat bola sepak dunia. Son diarahkan keluar padang pada minit ke-79 diatas tindakan tersebut.
Tonggak utama Tottenham Hotspur itu sekali lagi mencuri perhatian dengan tidak meraikan gol jaringannya pada awal pagi tadi. Isyarat permohonan maaf yang dilakukan Son sejurus selepas menjaringkan gol itu jelas sekali ditujukan kepada Gomes.
The Spurs star scored twice on Wednesday and was quick to show his support for Andre Gomes ❤️️ pic.twitter.com/bq8yqvtWbm
— GOAL (@goal) November 7, 2019
Son menjelaskan bahawa dia masih lagi terkesan dengan insiden yang telah berlaku. ‘Saya tidak meraikan gol kerana menghormati apa yang telah terjadi. Saya memohon maaf diatas apa yang berlaku’, tambahnya lagi.
Son's apologetic goal celebration for Andre Gomes. 😞#UCL #PL pic.twitter.com/H2ptqPTeKm
— DAZN Canada (@DAZN_CA) November 6, 2019
Son meledak dua gol dan membantu Spurs untuk membenam Red Star Belgrade 4-0 di Stadium Red Star awal pagi tadi. Dua lagi gol disumbangkan oleh Giovani Lo Celso dan Christian Eriksen.
https://www.instagram.com/p/B4iMLzhloGA/
Sementara itu, Andre Gomes telah selamat menjalani pembedahan di bahagian buku lali kanan pada Isnin lalu. Gomes melalui satu hantaran video di laman sosial Instagram, mengucapkan terima kasih atas sokongan semua. Dia turut memberitahu keberadaannya bersama keluarga dan berterima kasih atas segala doa serta ucapan positif yang diterima.