Bekas legenda bola sepak Brazil, Rivaldo menasihatkan bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar untuk meninggalkan pasukannya itu jika mengidamkan untuk menjadi pemain terbaik dunia.
Dalam satu temu bual yang disiarkan ESPN, pemenang Piala Dunia 2002 itu berkata Neymar inginkan pasukan baru pada musim perpindahan yang lepas. ‘Saya rasa dia perlu tinggalkan PSG kerana dia (Neymar) mengetahui ianya sukar untuk menjadi pemain terbaik dunia’, tambahnya lagi.
Barcelona legend Rivaldo has advised Neymar to leave PSG if he wants to become the world's best player. pic.twitter.com/dRXa3Y0PKh
— ESPN FC (@ESPNFC) October 30, 2019
‘PSG merupakan pasukan yang bagus tetapi ianya bukan setaraf buat Neymar. Neymar beraksi untuk menjadi bintang’, kata Rivaldo kepada wartawan.
Orang ramai menyebut tentang Real Madrid, Barcelona, dan beberapa gergasi kelab England dan Jerman. Rivaldo berpandangan bahawa Neymar perlu bermain bersama pasukan yang mempunyai sejarah yang cemerlang dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah.
Rivaldo turut berpendapat Neymar perlu mencontohi Ronaldinho yang meninggalkan PSG untuk ke Barcelona dan menjadi pemain terbaik dunia. Beliau juga percaya tindakan Neymar menyertai PSG adalah kesilapan yang tidak boleh dielakkan manusia biasa.
‘Dia (Neymar) masih ada peluang. Berumur 27 tahun dan banyak lagi yang akan dikecapi’. Katanya diakhir bicara.
PSG merupakan kelab besar di Perancis tetapi jika Neymar terus beraksi dalam liga yang kurang kompetitif, maka ianya akan memberi kesan kepada corak permainan dan kualiti persembahannya.