Kolum Eropah

Keane bengang dengan pemain United

Bekas kapten Manchester United, Roy Keane menyelar tindakan pemain-pemain United yang berpelukan bersama pemain Liverpool di terowong laluan masuk ke padang pada ahad lepas.

Bagi Keane, pemain -pemain perlu fokus kerana setiap perlawanan ibarat sedang menuju ke medan perang. Tambahnya lagi,’anda boleh bersembang selepas perlawanan tamat atau anda tidak perlu bersembang langsung.’

(Photo by Lars Baron/Bongarts/Getty Images)

Keane juga menegaskan pemain United sepatutnya tidak langsung pandang kearah pemain Liverpool pada ketika itu. ‘Kehangatan perlawanan besar ini tidak berubah, pemain sahaja yang berubah’, katanya lagi.

Keane merupakan salah seorang tetamu jemputan Sky Sport sewaktu perlawanan berlangsung.

Untuk rekod, bekas pemain antarabangsa Ireland ini pernah mempunyai pengalaman bergaduh bersama bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira di dalam terowong laluan pemain pada tahun 2005.

Keane juga sangat terkenal dengan sikap tegasnya diatas padang dan bentesan keras terhadap pemain pasukan lawan.