Kolum Eropah

Masih ingatkah anda akan Quaresma?

Jika disebut nama Ricardo Quaresma, remaja hari ini kemungkinan besar tidak mengenali. Tetapi, pemain ini pernah dikatakan sebagai pemain berbakat besar yang lagi baik daripada Cristiano Ronaldo pada suatu ketika dahulu.

Persamaan yang ada pada Quaresma dan Ronaldo secara jelas adalah mereka berdua merupakan pemain Portugal. Kedua-dua pemain ini juga memiliki skil bola sepak yang hebat. Sporting Lisbon merupakan tempat kedua-dua pemain ini memulakan karier bola sepak masing-masing.

(Photo by Elsa – FIFA/FIFA via Getty Images)

Quaresma pernah beraksi bersama Inter Milan, Chelsea, Barcelona, Porto, dan Besiktas. Pemain ini juga merupakan pemain penting buat skuad kebangsaan Portugal. Sepanjang berkhidmat bersama Portugal, Quaresma telah menjaringkan 10 gol daripada 80 penampilan sejak 2003.

Pemain berusia 36 tahun ini gemar bermain di bahagian sayap kerana memiliki kepantasan dan skil yang mampu mengelirukan pertahanan lawan. 

Pada November 2005, Quaresma yang baru berumur 22 tahun mencuri perhatian umum dengan menampilkan skil luar biasa pada saingan peringkat kumpulan menentang Rangers. Quaresma memakai jersi bernombor tujuh dan mewakili Porto pada ketika itu.