Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane kini berhadapan dengan masalah besar ekoran kehilangan pemain-pemain utama.
Real Madrid merupakan pasukan besar yang mempunyai pemain bintang. Pemain bintang ini pasti akan mewakili pasukan kebangsaan masing-masing dalam saingan antarabangsa.
Namun begitu, risiko besar perlu ditanggung jika pemain terbabit mengalami kecederaan. Terbaru, laporan Marca menyatakan Zidane bakal kehilangan pemain-pemain utama seperti Toni Kroos, Luka Modric, Gareth Bale, Fede Valverde, dan Casemiro. Enjin Los Blancos akan mengalami sedikit gangguan berikutan ketiadaan arkitek utama pasukan.
Pemergian dua bakat muda iaitu Marcos Llorente ke Atletico Madrid dan Dani Ceballos ke Arsenal secara pinjaman begitu memberi kesan kepada Zidane disaat kritikal seperti ini.
Disebalik berita kurang baik mengenai kecederaan, Zidane sedikit lega dengan kembalinya pemain-pemain seperti James Rodriguez dan Isco. Disamping itu, barisan serangan yang dikemudi Karim Benzema, Eden Hazard, dan Vinicius Junior dilihat tidak mempunyai masalah untuk diturunkan.
Pengendali yang pernah beraksi bersama pasukan Perancis itu juga mempunyai pilihan untuk memilih pemain di barisan pertahanan tengah selepas melihat ketiga-tiga pemain iaitu Sergio Ramos, Raphael Varane, dan Eder Militao berada dalam keadaan bersedia.
Real Madrid yang merupakan pendahulu liga akan bertemu dengan pasukan di tangga ketiga tercorot, Real Mallorca pada hari ahad ini.