Luar Negara

Aksi terakhir Kompany di Etihad

Pemain pertahanan Anderlecht, Vincent Kompany akan menyarung jersi bekas pasukan, Manchester City buat kali terakhir pada perlawanan testimoni beliau yang dijadualkan berlangsung pada 11 September depan.

Perlawanan ini akan menampilkan bekas bintang Liga Perdana Inggeris seperti Thierry Henry, Robin van Persie, Ryan Giggs, Paul Scholes, dan Gary Neville. Pasukan Manchester City pula akan diwakili oleh campuran bekas pemain dan pemain semasa seperti Sergio Aguero, Kolo Toure, Craig Bellamy, Samir Nasri, Stephen Ireland, dan Shaun Wright-Philips. Berikut merupakan senarai lengkap pemain yang akan beraksi pada perlawanan tersebut. 

Kompany juga berhasrat untuk menyalurkan hasil kutipan tiket kepada Organisasi Tackle4MCR yang akan membantu golongan gelandangan di Manchester. 

Stadium Etihad bakal menjadi saksi momen bersejarah buat Vincent Kompany yang juga merupakan bekas ketua pasukan dan telah memenangi empat kejuaraan liga sepanjang lapan tahun berkhidmat.