Luar Negara Berita

Arsene Wenger – ‘Penyesalan terbesar saya adalah …’

Arsene Wenger mendedahkan betapa dekat Arsenal dalam cubaan untuk mendapatkan Lionel Messi dari Barcelona pada tahun 2003.

The Gunners membawa Cesc Fabregas dari Catalan pada tahun yang sama dan Wenger mendedahkan beliau menyesal tidak cuba membawa masuk Lionel Messi ke Arsenal.

“Anda harus hidup dengan penyesalan dalam kehidupan ini,” kata Wenger.

“Ada beberapa hal yang tak dicapai di dalam hidup dan ini adalah sebahagian besar daripadanya.

“Kami sedang berbincang dengan [Messi] ketika kami membeli Fabregas kerana Messi bermain [dengannya].

“Anda boleh menyedari betapa hebatnya pasukan muda yang anda milik apabila anda adalah kelab Barcelona,” katanya.

“Dalam pasukan yang sama, Messi, [Gerard] Pique dan Fabregas.

“Pique dan Fabregas datang ke England, Messi kekal di Sepanyol.

“Kami berminat dengannya, tetapi dia tidak boleh disentuh pada masa itu.”