Kolum

Virgil van Dijk dalam perjalanan mencipta sejarah

Pada hari Khamis, ketika mengendalikan majlis undian Liga Juara-Juara, UEFA juga akan mengumumkan Pemain Terbaik bagi tahun 2019.

Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk bersaing dengan pemain penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dari Barcelona.

Van Dijk mampu untuk melakukan sejarah tersendiri sebagai pemain pertahanan pertama yang memenangi Pemain Terbaik UEFA.

Tahun lepas kita berjaya menyaksikan Luka Modric melakukan kejutan apabila merangkul pemain terbaik ketika beliau berjaya mempersembahkannya bersama Real Madrid dan Croatia.

Kejayaan beliau menjulang Liga Juara-Juara bersama Real Madrid dan membawa Croatia ke pentas akhir Piala Dunia di Rusia adalah antara merit yang menjadikan beliau pemenang.

Rekod Virgil van Dijk

Van Dijk berjaya memenangi Liga Juara-Juara pada musim lalu dan berjaya membawa Belanda ke pentas akhir Liga Negara UEFA, tetapi tewas di tangan Portugal.

Rekod beliau yang tidak pernah digelecek selama 49 perlawanan adalah rekod yang besar dan menakjubkan sehinggalah pemain muda Arsenal, Nicolas Pepe menjadi salah satu pemain yang berjaya melepasi Van Dijk.

Tetapi halangan terbesar Van Dijk dalam memenangi anugerah ini adalah Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Kedua-dua mereka hadir dengan rekod yang menakjubkan pada aksi Liga Juara-Juara dengan Messi memegang rekod sebagai penjaring terbanyak musim lalu.

Ronaldo pula telah berjaya membantu Portugal memenangi Liga Negara UEFA dan menjulang gelaran Serie A bersama Juventus.