Luar Negara Berita

‘Lionel Messi’ sertai kelab Norway

Pemain berusia 16 tahun, yang sebelum ini dikenali sebagai Daniel Are Knutsen, memutuskan untuk menukar namanya bagi menghormati pemain Barcelona dan pemain terbaik dunia, Lionel Messi.

“Saya mempunyai rancangan untuk mengubah nama saya untuk seketika,” katanya kepada akhbar Norway

“Lionel Messi adalah idola terbesar saya dan dengan dedikasi saya untuk bola sepak, ia tidak lebih daripada perasaan ingin mencuba.”

Messi versi Norway mengakui bahawa bakatnya adalah tidak jauh daripada pemain kelahiran Argentina tersebut.

“Saya mahu mengatakan bahawa saya berusaha sebaik mungkin untuk bermain.” katanya. “Ia mungkin terdapat beberapa persamaan, tetapi bakat saya mungkin tidak  sehebat. [Lionel Messi],”

Ini bukanlah kali pertama kes sedemikian berlaku.

Awal tahun ini, peminat Spurs, David Lind kecewa selepas pihak berkuasa menafikan haknya untuk menukar nama kepada Tottenham