Peter Crouch dalam satu tembual dengan talkSPORT mengakui bahawa masa terbaik beliau sebagai pemain bola sepak adalah ketika mana beliau menyarung jersi Liverpool.
Bekas penyerang England telah mengumumkan persaraan dari bola sepak awal tahun ini selepas beberapa siri kejayaan yang tidak akan dilupakan.
Kelab Merseyside semakin hampir dengan gelaran liga pertama mereka sejak 1990 tetapi digagalkan dengan perbezaan satu mata dengan Man City.
Dan Crouchy berharap mereka mampu untuk menjadi lebih baik bagi menamatkan penantian mereka untuk menjulang Liga Perdana Inggeris.
“Saya berharap demikian, saya sangat berharap demikian,” katanya.
“Saya bermain di sana dan itu satu perkara yang mereka mahu daripada dulu lagi. Saya membesar dengan menonton Liverpool menjulang piala dan itu adalah perkara yang saya mahu lihat.
“Saya sangat gembira kerana mereka memenangi Liga Juara-Juara kerana jika mereka tidak memenangi apa-apa tahun lepas, ia akan menjadi sangat kejam kerana mereka bermain dengan baik.
“Bagi saya, masa terbaik dalam hidup saya adalah bermain untuk Liverpool. Pada masa itu saya bermain untuk Liverpool, bermain untuk England dan bermain bola sepak terbaik dalam hidup saya.”