Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : TFC ‘berpeluh’ tewaskan Kelantan United

Selepas tewas pada aksi Liga Super minggu lalu bertemu Kedah, Terengganu FC (TFC) bangkit untuk mara ke suku akhir Piala FA dengan menyingkirkan pendatang baharu Liga Malaysia, Kelantan United dengan kemenangan 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kelantan United bagaimanapun berjaya mencipta kejutan apabila berada di hadapan melalui Mohamad Rozaimi Azwar yang berjaya menewaskan penjaga gol TFC, Mohd Suffian Ab Rahman pada minit kesembilan.

Skuad penyu gagal memecah kebentuan selepas ketinggalan 1-0 dan tidak ada sebarang jaringan terhasil sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, gol yang ditunggu-tunggu oleh pelawat hadir pada minit ke-50 menerusi pemain import Sanjar Shaakhmedov.

Gol kedua TFC hadir selang empat minit melalui penyerang import dari Ivory Coast, Tchectche Kipre.

Lee Tuck yang dilantik sebagai kapten pasukan semalam melengkapkan kemenangan TFC dengan jaringan pada minit ke-73 dan mengesahkan tempat ke separuh akhir.