Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Kedah ratah PJ City di Darul Aman

Kedah melangkah ke suku akhir Piala FA dengan penuh gaya apabila menewaskan Petaling Jaya City FC (PJ City) 2-0 di Stadium Darul Aman malam tadi.

Bermain dihadapan penyokong sendiri, pasukan Kedah menggunakan manfaat ini dengan meledak dua gol menerusi Renan Alves dan Zaquan Adha.

Gol pembukaan Kedah hadir seawal minit kedua melalui tendangan sudut Baddrol Bakhtiar yang mudah disambut oleh Fernando Rodriguez ke ruang tengah sebelum dikuis Alves.

Kedah menambah derita lawan dengan gol kedua daripada larian solo Zaquan Adha yang mudah mengelecek ke dalam kotak penalti lawan sebelum merembat masuk ke gawang PJ City pada minit ke-58.

PJ City cuba bangkit melalui bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, tetapi kekuatan Kedah tidak dapat menyamai asakan mereka.