Kolum

Michy Batshuayi adalah kunci masalah barisan hadapan Chelsea

Kehidupan di Chelsea bagi Michy Batshuayi tidaklah begitu menarik sejak menyertai kelab pada 2016.

Pemain kebangsaaan Belgium di lihat sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Chelsea dan juga kehidupan di England.

Walau bagaimanapun, setelah Chelsea dikenakan sekatan perpindahan pemain, amat penting buat Frank Lampard untuk memberi peluang kepada Batshuayi membuktikan kemampuan beliau.

Keyakinan Lampard

Sejak membuat perpindahan masuk dengan yuran perpindahan sebanyak £ 33 juta dari Marseille, Batshuayi masih gagal untuk memberi apa yang diharapkan oleh para peminat.

Disebabkan itu beliau telah dihantar keluar secara pinjaman – Borrusia Dortmund, Valencia dan Crystal Palace.

Biarpun masih gagal untuk hadir sebagai pemain utama dalam dua aksi Liga Perdana Inggeris, Lampard tetap memberi keyakinan bahawa beliau ada perancangan untuk pemain berusia 25 tahun tersebut.

Halangan Batshuayi

Halangan terbesar buat Batshuayi adalah bersaing dengan dua lagi penyerang utama Chelsea, Tammy Abraham dan Olivier Giroud.

Tetapi perlu diingat bahawa kedua-dua pemain masih gagal untuk menunjukkan aksi yang konsisten dalam dua perlawanan liga ketika menentang Manchester United dan Leicester, semalam.

Kenapa Chelsea perlu memberi peluang kepada beliau?

Penyerang muda kelahiran Belgium telah menunjukkan prestasi yang baik jika beliau diberi peluang untuk bermain.

Dengan 19 jaringan dalam 53 perlawanan dengan Chelsea dan dalam musim pertama Batshuayi, beliau telah menjaringkan lima gol dalam tempoh 236 minit dengan purata satu gol setiap 47 minit.

Selain daripada itu, peminat Chelsea pasti tidak melupakan jaringan akhir beliau yang membolehkan Chelsea mengangkat takhta liga pada musim 2016/17 ketika mereka menewaskan West Brom,1-0.