Kolum

Kajian terbaharu FIFPro tunjukkan angka kurang sihat

Bola sepak tidak akan berhenti dan bagi sesetengah pemain ianya tidak akan pernah berhenti.

Pelbagai perlawanan telah disusun untuk pemain dari peringkat kelab dan negara di mana ia juga mampu untuk mendatangkan kecederaan kepada mereka.

Kajian FIFPro

Menurut laporan terbaharu FIFPro, badan induk untuk pemain bola sepak profesional.

Satu kajian telah dilakukan dengan menemuramah lebih daripada 500 pemain profesional dan konklusi yang mereka bawa pada akhir kajian adalah para pemain bermain terlalu banyak perlawanan.

Dengan 64% pemain percaya mereka mendapat rehat yang sedikit manakala 60 % pemain percaya masa yang dihabiskan di dalam penerbangan dan perjalanan menuju ke tempat lawan telah memberi kesan negatif kepada pemulihan kecerdasan mereka.

Menariknya, 85 peratus pemain bersetuju bahawa perlu ada tempoh rehat selama dua minggu pada pertengahan musim, walaupun ini mungkin sukar untuk dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pemain yang percaya mereka mampu untuk mengharungi 60 perlawanan atau angka yang lebih daripada itu.

“Untuk memenuhi tuntutan jadual pertandingan, pemain  berulang kali diminta untuk bermain melebihi had mereka, tanpa rehat dan pemulihan yang mencukupi,” kata Setiausaha Agung FIFPro, Theo van Seggelen.

“Ini bermakna mereka tidak dapat melakukan yang terbaik dan, lebih buruk lagi, bahawa ada yang bergelut dengan masalah mental dan fizikal yang berterusan.

“Penyelidikan saintifik menegaskan bahawa kesihatan pemain  boleh terjejas kerana jadual perlawanan yang padat.” Katanya.

Bagi pertahanan Juventus pula, Giorgio Chielline sebelum ini pernah meminta untuk diberi rehat yang secukupnya.

“Kami memerlukan seseorang untuk melindungi kami daripada kalendar yang padat.” kata pemain pertahanan Itali tersebut.