Futsal Berita

Selangor kukuh kedudukan, Pahang tak mahu mengalah

Pahang terus mengejar pendahulu Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019, Selangor dengan kemenangan dramatik 4-3 menentang KL City FC, semalam.

Kemenangan ini memberi mata penting buat skuad Pahang ditangga kedua dengan 22 mata selepas sembilan perlawanan.

Pemain tonggak skuad kebangsaan, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin menjadi pemain penting buat skuad Tok Gajah dalam mencipta kemenangan ketujuh skuad Pahang.

Tiga gol jaringan beliau di tambah pula dengan jaringan Azrol Hairun pada minit ke-39 meletakkan Pahang di kedudukan selesa dalam misi mengejar Selangor.

Bagi skuad Selangor pula berjaya meneruskan rentak kemenangan apabila dengan menundukkan Melaka 3-1 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, semalam.

Skuad bimbingan Addy Shairullyzam berjaya memperoleh jaringan menerusi Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar dan Muhammad Fariq Mohammad bagi membawa pulang tiga mata penuh.

Kemenangan ini mengukuhkan lagi cengkaman Selangor di persada liga dan mengekalkan rekod bersih tanpa kekalahan.