Luar Negara Berita

Real Madrid ketepikan Hazard

Eden Hazard terlepas peluang untuk membuat penampilan sulung buat Real Madrid dalam kancah La Liga selepas dilaporkan mengalami kecedraan pada paha kiri.

Hazard akan diketepikan ketika Madrid membuat perhitungan pertama dalam musim ini menentang Celta Vigo.

Satu kenyataan di laman web rasmi Real Madrid berkata : “Ujian dijalankan selepas latihan hari ini, pemain kami Eden Hazard telah didapati oleh Pasukan Perubatan Real Madrid dengan kecederaa di paha kiri.”

Gareth Bale, James Rodriguez, Vinicius, Luka Jovic dan Lucas Vazquez dilaporkan bakal merebut tempat yang ditinggalkan oleh Hazard.