PKNP FC berjaya mengikat juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim dengan 2-2 pada aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.
Jaringan JDT bermula pada minit ke-10 dengan Gonzalo Cabrera memberi gol pendahuluan sebelum meledak gol kedua selang tiga minit selepas itu.
PKNP tidak berputus asa dan menafikan tiga mata penuh JDT dengan jaringan Yashir Pinto pada minit ke-35 sebelum Giancarlo Lopes menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-78.
Kedua-dua pasukan cuba untuk mencari gol kemenangan tetapi kedua-dua penjaga gol berjaya menafikan asakan pihak lawan.