Luar Negara Berita

Video – Manchester City hilang khidmat Sane

Leroy Sane akan menjalani pembedahan di bahagian lutut kanan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan Comunity Shield menentang Liverpool, Sabtu lalu.

Perkara ini telah disahkan oleh Manchester City tetapi tidak dinyatakan berapa lama pemain kelahiran Jerman itu akan kembali pulih.

“Manchester City mengesahkan bahawa Sane telah mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan,” kata kenyataan itu.

“Pemain sayap itu mengalami kecederaan pada perlawanan Community Shield menentang Liverpool di Wembley.

“Dia telah menjalani ujian sepanjang minggu, dengan doktor pakar yang hadir ke Manchester untuk ujian lanjut bagi memahami tahap kecederaan [Sane].

“Dia akan menjalani pembedahan pada minggu akan datang.

“Manchester City akan memberi segala sokongan dan bimbingan yang diperlukannya dan semua orang di kelab ini berharap dia dapat pulih sepenuhnya.”