Luar Negara Berita

Video – Karim Benzema jaring hatrik, Takefusa Kubo dipuji

Zinedine Zidane sekali lagi memberi peluang kepada bintang muda mereka, Takefusa Kubo untuk mengambil bahagian pada perlawanan menentang Fernebahce awal pagi tadi.

Bintang muda kelahiran Jepun masuk pada minit-73 pada malam kemenangan 5-3 ke atas kelab dari Turki.

Dalam perlawanan musim panas, Kubo menjadi prospek yang cerah dengan persembahannya jauh melebihi tahap yang diletakkan oleh Los Blancos.

Beliau berjaya menunjukkan kepada jurulatih dan pasukan utama bahawa beliau mampu untuk memberi sumbangan kepada pasukan utama.

Pada perlawanan tersebut, Benzema turut berjaya mencuri tumpuan apabila berjaya meledak hatrik.