Luar Negara Berita

Video – Zlatan Ibrahimovic mintak Man United jual Pogba

Zlatan Ibrahimovic telah meminta Manchester United menjual Paul Pogba sambil mendakwa bahawa ia adalah langkah terbaik untuk kelab.

Bintang muda kelahiran Perancis itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

“Saya fikir jika dia tidak mahu kekal di [United] maka ia tidak masuk akal untuk mengekalkan [Pogba],” katanya kepada BBC.

“Anda biarkan dia pergi dan jika dia mahu berada di kelab lain maka biarkan sahaja dia ke sana.

“Gunakan situasi ini dan bawa pemain yang ingin kekal.

“Anda tidak mahu pemain di kelab anda atau pasukan anda yang tidak mahu kekal kerana dia mungkin tidak memberikan 100 atau 200 peratus.

“Ia adalah keadaan yang sukar.”