Malaysia Berita

Video – Yang di-Pertuan Agong pilih Liverpool berbanding Manchester United

Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memilih Liverpool sebagai pasukan kegemaran beliau berbanding Manchester United.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada majlis pertabalan yang diadakan dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Dalam satu temubual bersama-sama dengan Astro Awani, Al-Sultan Abdullah telah diminta untuk memilih di antara Manchester United ataupun Liverpool.

Ketika mendengar soalan tersebut, Yang di-Pertuan Agong menyambut soalan itu dengan ketawa mungkin kerana tidak menyangka akan ditanya soalan tersebut.

Tetapi Al-Sultan Abdullah tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir sebelum menjawab ; “Liverpool,” sambil disambut dengan ketawa.

Selain daripada itu, Seri Paduka turut memilih Maradona sebagai pemain kesukaan beliau berbanding Lionel Messi.

Seri Paduka dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari