Luar Negara Berita

Video – Gareth Bale tenang bermain golf ketika Madrid tewas di tangan Spurs

Pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale di lihat tenang menikmati masa-masa beliau dengan bermain golf ketika mana pasukannya tewas 0-1 di tangan Tottenham Hotspurs, menurut laporan Sepanyol.

Pemain antarabangsa Wales, 30 tahun, tidak menyertai pasukan ketika mana Zinedine Zidane mendakwa bahawa Bale kurang sihat untuk melakukan perjalanan ke Munich.

Tetapi gambar yang diambil oleh media El Confidencial mendedahkan perkara sebenar apabila Bale dilihat menikmati permainan golf ketika mana Madrid turun menentang Spurs pada aksi separuh akhir Piala Audi.

Bale sebelum ini telah diminta untuk meninggalkan Madrid dan dilaporkan telah memberitahu rakan sepasukannya pada Mei lalu bahawa jika tiada tempat buat beliau di dalam skuad Madrid, beliau akan menghabiskan masanya dengan bermain gol.

“Saya mempunyai tiga tahun lagi dalam kontrak saya, jika mereka mahu saya pergi, mereka perlu membayar saya € 17 juta, jika tidak, saya akan tinggal di sini dan jika saya perlu bermain golf, saya akan,” katanya.