Luar Negara Berita

Video : PSG sediakan gaji lumayan buat Mbappe untuk tepis minat Man City

Paris Saint-Germain bakal mengemukakan tawaran kontrak lima tahun dengan nilai € 250 juta kepada Kylian Mbappe bagi mengekalkan beliau di PSG.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Manchester City berminat untuk mendapatkan pemain muda Perancis tersebut, lapor El Pais.

Manakala PSG pula bersedia menaikkan gaji beliau kepada € 38 juta untuk semusim.

Nasser Al-Khelaifi dikhabarkan sedia menerima kehilangan Neymar berbanding Mbappe bagi menyiapkan misi jangka panjang PSG dalam kancah bola sepak Eropah.

Dengan gaji sebanyak € 50 juta untuk satu musim, Mbappe bakal menjadi pemain kedua dengan bayaran tertinggi dan bakal melebihi Neymar sebanyak € 20 juta.