
Lagenda bola sepak Barcelona, Xavi Hernandez berjaya membuat penampilan sulung sebagai pengurus ketika membawa pasukannya, Al-Sadd mengutip keputusan seri, 1-1 dengan Palamos.
Sejumlah 1,400 orang hadir menonton perlawanan di antara kedua-dua pasukan dengan perhatian lebih diberikan kepada Xavi untuk melihat keupayaan beliau dalam mengurus pasukan.
Primera vez que Xavi Hernández se sienta en un banquillo a título de entrenador. En Palamós arranca la etapa como técnico del ex jugador del Barça. pic.twitter.com/iDQCGKGXKL
— Pep Molero Gascón (@molerogascon) July 21, 2019
Seperti dilaporkan El Pais, Xavi Hernandez menggunakan formasi 4-3-3, sebuah formasi yang tidak asing bagi kelab Qatar terbabit.
Bekas pemain Barcelona dilihat aktif ditepi padang bagi memberi arahan kepada pasukannya dan banyak menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi.
Xavi Hernandez dilantik menjadi pengurus Al Sadd pada 1 Julai lalu menggantikan Jesualdo Ferrera yang telah memegang kerusi pengurusan Al Sadd selama empat musim.