Luar Negara Berita

Video : Joris Gnagnon mohon maaf selepas cederakan pemain Liverpool

Sevilla mungkin berjaya mencipta kemenangan 2-1 ke atas Liverpool pada perlawanan persahabatan hari ini tetapi pemain pertahanan Joris Gnagnon teruk dikritik selepas beliau melakukan bentesan keras terhadap pemain muda Liverpool, Yasser Larouci.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Fenway Park, Boston, Joris membentes keras Larouci pada minit ke-76 sehingga beliau terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Bobby Duncan.

Atas rasa bersalah, Joris meminta maaf secara terbuka. “Secara terbuka, saya ingin meminta maaf kepada pemain (Larouci) dan Liverpool. Bentesan itu menjijikkan dan seharusnya tidak dilakukan di dalam dalam bola sepak.”

Bentesan itu telah mendapat perhatian ramai terutamanya di sosial media dengan ramai yang mengkritik tindakan Joris.

Bagi pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata pemain muda beliau beruntung kerana tidak cedera parah disebabkan bentesan keras pemain Sevilla.

“Dia (Gnagnon) membentes (Larouci) sekuat tenaga. Jika dilakukan pada posisi berbeza, habislah,” kata Klopp seperti yang dipetik dari laman rasmi Liverpool.