Liga Super Malaysia Berita

PKNP, Kuala Lumpur ucap selamat tinggal pada Liga Super

Pasukan Kuala Lumpur dan PKNP FC jatuh ke Liga Perdana musim hadapan selepas kedua-dua pasukan berada di kedudukan dua kelompok tercorot Liga Super.

Kuala Lumpur yang mengalami masalah pengurusan sejak awal musim ini ditunjukkan jalan keluar selepas tewas di 2-1 di tangan Perak malam tadi.

Kekalahan ini memberikan pasukan Ibu Kota hanya 14 mata dalam 22 aksi liga.

Dalam aksi di Stadium Perak, dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Rainderson Da Costa Morais pada minit ke-31 dan 67 manakala skuad The City Boys mengurangkan mendapat gol tunggal perlawanan menerusi Luke Woodland pada minit ke-76.

Manakala PKNP FC pula yang berada di tangga ke-11 liga dengan mengutip 16 mata selepas tewas kepada pendatang baru, PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada aksi akhir semalam.

Gol tunggal perlawanan yang jaringkan oleh pemain import, Washington Brandao pada minit ke 75 memberi tamparan hebat buat PKNP yang hadir dengan misi mencatat kemenangan.