Luar Negara Berita

Latihan pra-musim paling ‘hardcore’ tetapi ‘fun’ dari Augsburg

Martin Schmidt telah memutuskan untuk membawa skuad Augsburg ke kawasan pergunungan Alpen Swiss sebagai salah satu cara terbaik untuk membina motivasi pasukan.

Skuadnya bakal menghabiskan beberapa hari di sana dengan mencuba hidup dalam keadaan yang sangat berbeza dengan apa yang pemain profesional lain lakukan.

Para pemain dan jurulatih akan tidur di kabin, dengan hanya peralatan asas dan mereka tidak mempunyai tandas di dalam.

Pemain juga dilarang untuk menerima apa-apa panggilan telefon dan wajib bangun jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap mendaki gunung pada jam 6.00 pagi.

Menurut jurulatih, pengalaman ini bakal menunjukkan keupayaan pasukan dan had yang dimilik setiap pemain.

Schmidt juga percaya bahawa kaedah ini akan membantu para pemain menghadapi perkara-perkara sukar yang akan berlaku pada musim depan.