Asian Cup

Mampukah Malaysia Layak Ke Piala Asia 2019?

Malaysia berjaya melayakkan diri dalam peringkat kelayakan Piala Asia 2019 dan menempatkan diri di dalam kumpulan B bersama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan. Sekali imbas, cabaran kali ini nampak lebih mudah di atas kertas tetapi bagaimana hakikat sebenarnya?

Persoalannya, apakah identiti sebenar 3 pasukan ini dan mampukah Malaysia melayakkan diri ke peringkat seterusnya?

KENALI LAWAN KITA : KOREA UTARA PENCABAR UTAMA!

Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan adalah tiga pasukan yang jarang Malaysia temui dan sangat susah untuk mengenalpasti kekuatan & kelemahan mereka. Oleh itu, penulis bawakan sedikit ringkasan tentang identiti pasukan lawan kita!

KOREA UTARA (FIFA/COCA-COLA RANKING : 125)

Nama : Korea DPR (Democratic People’s Republic)
Sub-Konfederasi : EAFF (East Asia Football Federation)
Penyertaan dalam Piala Asia : 4 kali (1980, 1992, 2011, 2015)
Kali terakhir bertemu Malaysia : Malaysia 1-4 Korea DPR (Piala Asia 2000)
5 aksi perlawanan terakhir :

  • Hong Kong : 1-0 (Menang)
  • Guam : 2-0 (Menang)
  • Taipei : 2-0 (Menang)
  • Filipina : 3-1 (Menang)
  • Vietnam : 2-5 (Kalah)

Pemain terbaik :

  1. Pak Kwang Ryong (25)

Posisi : Penyerang
Rekod : 19 penampilan, 4 gol
Kelab : Lausanne

  1. Jung Il Gwon (25)

Posisi : Penyerang
Rekod : 37 penampilan, 8 gol
Kelab : Rimyongsu

  1. Ri Chol Myong (29)

Posisi : Tengah
Rekod : 45 penampilan, 7 gol
Kelab : Pyongyang City

HONG KONG (FIFA/COCA-COLA RANKING : 140)

Sub-Konfederasi : EAFF (East Asia Football Federation)
Penyertaan dalam Piala Asia : 3 kali (1956, 1964, 1968)
Kali terakhir bertemu Malaysia : Malaysia 0-0 Hong Kong (Persahabatan, 2015)
5 aksi perlawanan terakhir :

  • Korea Utara : 1-0 (Kalah)
  • Taipei : 4-2 (Menang)
  • Guam : 3-2 (Menang)
  • Singapura : 2-0 (Menang)
  • Kemboja : 2-0 (Menang)

Pemain terbaik :

  1. Chan Siu Ki (32)

Posisi : Penyerang
Rekod : 65 penampilan, 36 gol
Kelab : South China

  1. Jaimes McKee (30)

Posisi : Penyerang
Rekod : 36 penampilan, 9 gol
Kelab : Eastern Long Lions

  1. Alex Akande (31)

Posisi : Penyerang
Rekod : 10 penampilan, 9 gol
Kelab : SC Kitchee

LUBNAN (FIFA/COCA-COLA RANKING : 148)

Sub-Konfederasi : WAFF (West Asia Football Federation)
Penyertaan dalam Piala Asia : 1 kali (2000)
Kali terakhir bertemu Malaysia : Malaysia 2-1 Lubnan (Kelayakan Olimpik, 2011)
5 aksi perlawanan terakhir :

  • Jordan : 0-0 (Seri)
  • Palestin : 1-1 (Seri)
  • Equatorial Guinea : 1-1 (Seri)
  • Kyrgyzstan: 0-0 (Seri)
  • Afganistan: 2-0 (Menang)

Pemain terbaik :

  1. Mohammed Ghaddar (33)

Posisi : Penyerang
Rekod : 39 penampilan, 17 gol
Kelab : Kelantan FA

  1. Hassan Maatouk (30)

Posisi : Penyerang
Rekod : 52 penampilan, 14 gol
Kelab : Al-Fujairah

  1. Hassan Chaito (28)

Posisi : Tengah
Rekod : 36 penampilan, 5 gol
Kelab : Al-Ahed

Anda lihat sendiri bagaimana prestasi den kehebatan pemain pasukan masing-masing. Korea Utara pastinya pencabar utama di samping Lubnan dan Hong Kong. Jangan dilupakan tentang Mohammed Ghaddar! Beliau baru sahaja menjaringkan dua gol, Jumaat lalu.

MALAYSIA : APAKAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH SKUAD KEBANGSAAN?

Melihat kepada situasi Malaysia yang terkini, penulis yakin dan faham bahawasanya peminat tempatan agak gusar dan dahagakan kejayaan biarpun kata-kata makian dan cacian sentiasa dilafazkan di bibit-bibit mulut peminat tempatan.

Mana tidaknya, sejak kali terakhir memenangi ibu segala pingat di Jakarta, Indonesia pada 2011, Malaysia tidak pernah menjuarai sebarang kejuaraan di peringkat Asia mahupun ASEAN.

Jadi, penulis telah sediakan sedikit reviu pasukan, masalah semasa dan harapan penulis bagi saingan Malaysia kali ini! Jom, apa tunggu lagi?

REVIU RINGKAS PASUKAN MALAYSIA

Nama gelaran : Harimau Malaysia
Sub-konfederasi : AFF (ASEAN Football Federation)
Penyertaan dalam Piala Asia : 3 kali (1976, 1980, 2007)
5 aksi perlawanan terakhir :

  • Myanmar : 1-0 (Kalah)
  • Vietnam : 1-0 (Kalah)
  • Kemboja : 3-2 (Menang)
  • Papua New Guinea : 2-1 (Menang)
  • Afghanistan : 1-1 (Seri)

Pemain Terbaik :

  1. Amri Yahyah (36)

Posisi : Sayap
Rekod : 65 penampilan, 13 gol
Kelab : Melaka United

  1. Hazwan Bakri (26)

Posisi : Penyerang
Rekod : 20 penampilan, 7 gol
Kelab : Johor Darul Ta’zim

  1. Baddrol Bakhtiar (29)

Posisi : Tengah
Rekod : 49 penampilan, 6 gol
Kelab : Kedah

MASALAH DALAM PASUKAN KEBANGSAAN

  • Malaysia mempunyai masalah daripada segi falsafah taktikal di mana kita mempunyai masalah dari aspek serangan yang dijanakan oleh penyerang dan jurulatih negara gagal untuk mengubah taktikal asas kepada taktikal tanpa penyerang (False 9).
  • Malaysia tiada sebuah taktikal sebagai ‘base plan’ kepada ‘game-plan’ yang lain dan tiada ‘starting line-up’ yang tetap sebagai ‘first-team’ untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pasukan.
  • Malaysia sudah terlalu sinonim atau terlalu kolot bermain dengan permainan berformasikan 4-4-2/4-3-3 yang menjadi 4-2-4/4-1-4-1 disebabkan oleh permainan secara route one football (gaya permainan sejak 80-an!).
  • Malaysia masih mempunyai masalah teknikal iaitu tiada asas bola sepak yang cukup. Ia menyebabkan pemain Malaysia bermain ‘ragbi’ dan ‘gusti’ di atas padang.
  • Malaysia gemar bermain secara ‘hit & run’ (menghantar bola jauh ke hadapan sambil mengharapkan penyerang menerima bola dengan baik)! Permainan ini amat sukar untuk diadaptasikan kepada serangan yang mempunyai hasil melainkan penyerang Malaysia ialah Jamie Vardy (Leicester).
  • Jurulatih negara memiliki masalah ‘pilih kasih’ dalam kalangan pemain. Selain itu, Malaysia mempunyai masalah dari segi akar umbi, tabiat buruk kejurulatihan dan struktur bola sepak amatur negara.
  • Kumpulan pilihan pemain (pool player) terlalu kecil dan terhad disebabkan oleh kecilnya bilangan pasukan dalam dua liga utama dan pemilihan pemain sangat berat ke arah liga divisyen pertama negara. Selain itu, pemain yang dipilih sudah melepasi ‘peak’
  • Pemain yang dipilih kurang masa bermain dan tiada banyak pengalaman untuk menghadapi perlawanan besar. Hal ini demikian kerana kelemahan sistem bola sepak negara dalam mewujudkan ruang untuk pemain lain bermain dan mencari kecergasan perlawanan.

Itulah beberapa masalah yang sering melanda pasukan kebangsaan dan masih lagi berleluasa! Salah siapa? Diri, masyarakat, kelab atau FAM? Anda tahu jawapannya kepada persoalan retorik ini! Harapan penulis pula agar Malaysia layak ke peringkat seterusnya seperti dahulu! HARIMAU BOLEH!

Kredit kepada beberapa insan yang membantu sepanjang artikel ini disiapkan!