Malaysia Berita

Barcelona bakal singgah di JDT?

Adakah kita akan melihat kelibat Lionel Messi di Malaysia selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang merancang membawa pasukan Barcelona ke Johor.

Dalam satu hantaran terbaharu ‘insta stories’ laman Instagram rasmi Tunku Ismail menunjukkan perbualan di antara beliau dan pertahanan tengah Barcelona, Gerard Pique.

Tunku Ismail dan pemain tengah kelahiran Sepanyol sedang berbincang di laman whatsapp untuk membawa pasukan kendalian, Ernesto Valverde ke Johor.

Ia mungkin bakal disusuli dengan perlawanan persahabatan di antara Johor Darul Ta’zim bertemu gergasi Sepanyol, Barcelona.

Tarikh rasmi masih belum dipastikan biarpun Pique telah menyatakan dalam perbualan antara mereka iaitu 30 haribulan dan tidak dilaporkan pada bulan berapa, tetapi jangkaan kami adalah pada penghujung bulan ini.

Setakat ini masih tiada apa-apa berita rasmi dikeluarkan oleh laman media rasmi Johor Southern Tigers ataupun laman rasmi Barcelona tentang kemungkinan perlawanan persahabatan ini.

Barcelona bakal bertemu Vissel Kobe pada 27 Julai ini dan jika benar berita ini, pasukan dari Catalan bakal membuat penampilan sulung ke Johor pada 30 Julai nanti.