Luar Negara Berita

Matteo Kovacic pemain baharu Chelsea

Chelsea telah menandatangani Matteo Kovacic dari Real Madrid selepa mencapai persetujuan dengan Real Madrid selepas tempoh pinjaman pemain itu tamat.

Beliau menyertai Chelsea secara pinjaman musim panas lalu dan biarpun sedang berjuang untuk aksi yang konsisten, beliau telah membuat 51 penampilan secara keseluruhan di bawah Maurizio Sarri.

Bercakap kepada laman web rasmi Chelsea, pemain berusia 25 tahun itu berkata: “Saya sangat menikmati musim saya dengan pinjaman di Chelsea, saya berasa selesa di kelab ini serta London dan Liga Perdana. Saya sangat gembira dapat menyertai secara kekal.

“Kami mempunyai tahun yang berjaya, memenangi Liga Europa dan saya harap saya dapat membuat sumbangan besar pada musim-musim mendatang.”