Luar Negara Berita

Neville dedah sikap tegas Ferguson hanya kerana baju

Sir Alex Ferguson mempunyai reputasi sebagai seorang pengurus yang tegas dan Gary Neville telah mendedahkan bahawa jurulatih dari Scotland itu tidak gembira ketika Ruud van Nistelrooy menukar baju ketika perlawanan dengan jiran Manchester pada tahun 2002.

Fergie benar-benar berang apabila penyerang Belanda tersebut masuk ke dalam bilik persalinan dengan kemeja biru selepas kekalahan 3-1 ke atas Manchester City.

“Pemain City datang kepadanya dan menukar baju,” kata Neville kepada The Mirror.

“Dia [Sir Alex Ferguson] berkata, ‘Anda tidak memberikan baju itu kepada pemain lawan, itu adalah baju saya, baju itu adalah baju kelab ini, bukan baju anda, anda hanya memakainya buat sementara waktu.’

“Dia tidak membenarkan kami menukar baju dalam perlawanan domestik.”

“Saya fikir dia berkata selepas perlawanan itu ; ‘Saya harus membiarkan peminat berada di sini. Saya perlu membiarkan peminat datang ke sini dan bercakap dengan anda.'”