Luar Negara Berita

Bulan paling keras dan sedih buat Suarez

Luis Suarez mungkin mempunyai luaran yang kuat, tetapi pemain penyerang Barcelona ini mempunyai masa yang paling emosi untuknya dan ianya lebih jelas apabila gagal membawa Uruguay ke separuh akhir Copa America.

Kegagal Suarez menjaringkan penalti pada aksi suku akhir menentang Peru telah menghantar pasukannya pulang awal.

Suarez, bagaimanapun, mempunyai banyak peluang terhidang sebelum perlawanan masuk ke penentuan sepakan penalti tetapi gagal memanfaatkannya.

Pemain dengan jersi no.9 ini juga jelas bahawa nasib tidak menyebelahi belia apabila VAR menafikan jaringan beliau akibat offside.

Beberapa bulan yang lalu, Suarez dinafikan tempat ke pentas akhir Liga Juara-Juara oleh bekas pasukannya Liverpool dengan kebangkitan penuh drama di Anfield.

Manakala tiga puluh lima hari lalu, Barcelonan gagal memenangi Copa del Rey tanpa kehadiran beliau dan kecewa demi kecewaan terus menyebulungi beliau.

Kejatuhan di Anfield, Copa del Rey dan Copa America telah menjadi bulan-bulan berikutnya keras dan penuh kesedihan buat pemain ini.