Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak mengucapkan rasa syukur apabila berjaya layak ke pentas akhir Piala FA apabila seri 3-3 secara agregat dengan Felda United semalam.
Walau bagaimanapun, beliau mahu anak buahnya memperbaiki persembahan mereka pada aksi final nanti.
“Apa pun keputusan malam ini (tadi), saya bersyukur kerana kami berjaya mengekang kebangkitan pasukan FELDA United kerana mereka (pemain FELDA United) memberikan kami satu perlawanan yang amat sukar,” kata Aidil.
“Kita dapat mengawal sepenuhnya aksi babak pertama namun kehilangan rentak pada separuh kedua menyaksikan mereka berjaya mencari gol.” katanya selepas perlawanan.