Luar Negara Berita

Salah tolak Real Madrid, Juventus

Penyerang sensasi Liverpool dijangka terus kekal bersama Liverpool biarpun terdapat tawaran lumayan daripada kelab gergasi eropah, antaranya Real Madrid dan Juventus.

The Independent melaporkan bahawa Salah telah menolak tawaran sebanyak £150 juta untuk berpindah ke Madrid musim hadapan dengan beliau memberitahu wakil kelab betapa dia mahu kekal di Anfield.

Beliau menyatakan bahawa tawaran tersebut hadir di waktu yang salah di mana beliau masih belum bersedia meninggalkan Liverpool pada masa ini.

Selain dari Real Madrid, kelab gergasi Itali, Juventus juga dilaporkan menunjukkan minat untuk mendapatkan bintang Mesir tersebut.