Luar Negara Berita

Wakil Juventus adakan pertemuan dengan Pogba di Turki

Pengarah Juventus, Fabio Paratici dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Paul Pogba di Turki ketika pemain tengah Manchester United berada dalam aksi antarabangsa.

Menurut media Itali, La Stampa, Paratici menonton kemenangan Turki ke atas Juara Dunia, Perancis dalam kelayakan Kejohanan Eropah 2020 malam tadi.

Pogba telah menjadi sasaran Juventus selepas pemain itu gagal menyinar di Manchester United selepas membuat perpindahan daripada Juventus ke United pada musim panas 2016.

Dalam laporan sama, La Stampa turut menyatakan bahawa pertemuan dengan pertahanan kiri Turki, Merih Demiral juga turut diadakan.