Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe mengingatkan skuad Harimau Malaya agar tidak terbuai dengan kemenangan besar, 7-1 ke atas Timor Leste Jumaat lalu apabila kedua-dua negara bakal bertemu pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
“Kita perlu berwaspada dengan serangan balas Timor Leste yang bijak menyempurnakan peluang terhidang, sekali gus akan menurunkan barisan terkuat pada perlawanan kedua bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.
“Namun, apa yang penting sekarang ini adalah memastikan semua pemain bebas daripada kecederaan terutama Muhammad Syafiq Ahmad yang dimaklumkan serius.
AKHYAR pamer aksi cemerlang selepas meledak jaringan ke atas Timor Leste.
“Oleh itu, kita tidak akan menurunkan pasukan kedua dan tetap dengan barisan kesebelasan utama bagi menghadapi perlawanan kedua nanti” katanya kepada Arena Metro