Luar Negara Berita

Griezmann beri bayangan hala tuju musim depan

Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann bersedia untuk meninggalkan Los Rojiblancos musim panas ini dan beliau sendiri telah mendedahkan bahawa dia sudah tahu destinasi seterusnya.

Pemain Perancis dijangka berpindah ke kelab lain pada 1 Julai nanti, dengan klausa pelepasannya dijangka jatuh dari €200 juta kepada €120 juta.

“Saya tahu di mana saya akan bermain musim depan,” katanya dalam temu bual dengan Telematin.

Beberapa pasukan berminat menandatangani pemain itu, termasuk Barcelona dan Paris Saint-Germain.